Our Lovely Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Breastfeeding Journey

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Sunday, November 27, 2011

Ubat Rangsang Susu Ibu Tidak Semestinya Efektif


S: Saya berjaya menyusukan anak selama 2 bulan. Atas sebab tertentu, saya terpaksa menghentikannya. Kini, saya ingin menyambung kembali penyusuan susu ibu. Saya diperkenalkan oleh ahli farmasi dengan sejenis ubat untuk mengadakan susu. Pada masa yang sama, saya bercadang mengambil pil perancang. Adakah selamat jika saya menyusukan anak?

J: Ibu yang menghentikan penyusuan dan ingin kembali menyusukan anak perlu melalui proses yang dipanggil relaktasi. Walaupun ia merupakan
sesuatu yang tidak mustahil untuk dilakukan namun puan perlu bersedia secara fizikal dan mental untuk mengharungi cabaran-cabarannya. Kejayaan ibu melakukan relaktasi sebenarnya bukan bergantung kepada pengambilan ubat atau produk tertentu tetapi usaha merangsang payu dara dengan berkesan.

Ubat yang puan maksudkan itu tergolong dalam kategori domperidone (motilium atau metoclopromide). Ia bukannya produk ajaib atau kunci kejayaan. Ia hanya berfungsi sebagai pencetus. Penghasilan susu bergantung kepada kebolehan puan untuk kerap merangsang payu dara supaya proses penghasilan susu dapat berlaku dengan lebih cepat dan optimal. Relaktasi perlu melalui dua proses.

1. Puan akan mengajar (atau mengajar semula) bayi untuk menyusu menerusi payu dara. Jika puan menghadapi masalah untuk menyusukan bayi, lawati http://www.kellymom.com/bf/concerns/baby/back-to-breast.html untuk keterangan lanjut.

2. Pada masa yang sama, puan perlu memastikan bekalan susu di tahap optimum dengan melakukan rangsangan puting (melalui penyusuan bayi, pemerahan menggunakan tangan, pam atau gabungan kedua-duanya) dan mengeluarkan susu dengan efisyen (apabila susu sudah ada untuk dikeluarkan). Sesi penyusuan yang teratur dan kerap (biarpun bayi masih baru belajar) sangat membantu.

Biasanya bayi yang berusia 4 bulan ke bawah lebih mudah melalui proses relaktasi. Proses ini lebih mudah jika bekalan susu stabil sepanjang 4 – 6 minggu pertama tempoh berpantang. Namun, jika bayi lebih berusia dan puan belum berjaya menstabilkan penghasilan susu pada peringkat permulaan, percayalah puan masih boleh mendapat hasil yang diingini. Tanamkan dalam minda bahawa penyusuan susu ibu bukan sekadar untuk memberi susu. Puan akan mendapat pelbagai kelebihan lain daripada penyusuan susu ibu walaupun masih belum berjaya menghasilkan susu dalam jumlah yang banyak.

Jika bayi mahu melekap, susukan dia sekerap yang boleh (sekurang-kurangnya setiap 2 - 3 jam). Tawarkan dia payu dara untuk mewujudkan keserasian pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai. Sama ada di akhir sesi penyusuan, apabila dia tidak lapar, hampir terlelap, baru bangun dari tidur atau pada bila-bila masa sahaja.

Apa yang perlu puan lakukan jika bayi tidak mahu melekap? Giatkan usaha jika tidak berupaya memujuk bayi untuk melekap. Puan mempunyai alternatif lain untuk membina semula bekalan susu dengan mengepam dan memberi bayi susu ibu melalui botol atau cawan penyusuan. Pertimbangkan untuk memberi bayi susu ibu menggunakan kaedah penyusan alternatif (berbanding botol) seperti nursing supplementer, menggunakan jari, cawan penyusuan, sudu, penitis ubat dan sebagainya.

Jika bayi melekap dengan baik, nursing supplementer amat membantu. Ia akan menggalakkan bayi untuk menyusu di payu dara dengan memberinya aliran susu (perahan susu ibu dan/atau susu formula) yang tetap sewaktu dia merangsang payu dara untuk menghasilkan lebih banyak susu.

Jika bayi tidak menyusu dengan betul (atau tidak melekap langsung), pengepaman akan memberi perubahan besar dalam meningkatkan penghasilan susu. Jika bayi menyusu dengan baik sekalipun, langkah pengepaman akan mempercepatkan proses relaktasi. Puan perlu mengepam sekurang-kurang 10 kali sehari untuk tempoh 10 - 15 minit setiap sesi.

Terdapat beberapa jenis herba yang boleh meningkatkan penghasilan susu. Contohnya halba, moringa dan blessed thistle. Herba-herba ini dan kaedah farmaseutik untuk merangsang penghasilan susu tidak semestinya efektif melainkan digabungkan dengan kekerapan menyusu dan mengepam payu dara.

Saya sarankan puan membuat temujanji untuk berjumpa dengan Perunding Laktasi (IBCLC) ataupun kaunselor laktasi yang berpengalaman membantu ibu melalui proses relaktasi supaya panduan dan tunjuk ajar menyeluruh dapat diberikan.

Rujukan : Majalah PA & MA

3 comments:

  1. BF tak semudah yang disangkakan.. Ibu perlu kuat semangat... Alhamdulillah.. masih berkesempatan meneruskan BF walaupun baby sudah menghampiri 2 years.

    ReplyDelete
  2. Mazatul azura : mmg pun...menyusukan anak ketika bekerja ni memerlukan pengorbanan dan kesabaran seorang ibu...moga2 usaha murni kita mendapat kerahmatan dr ALLAH!! tahniah pd Mazatul!!! keep feeding and pumping my friend!!

    ReplyDelete
  3. Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.



    Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.



    Harga serendah RM1.00/pcs.



    Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri



    Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:

    http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

    ReplyDelete