Our Lovely Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Breastfeeding Journey

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, February 16, 2011

Penyusuan Susu Ibu Semasa Mengandung


Sumber dari : http://www.diyaluna.com/diary/

Salam puan suraya. saya suhana koting.I’ve been rang u up tadi, sorry sesangat interrupting your lunch hour…:p..I’ve been a silent reader to ur marvellous blog for quite a time (your blog should win as “the most outstanding blog”..hahahha..sorry ye..gurau gurau je..

actually, i’m fully breastfeed anak saya selama 1 tahun 4 bulan (alhamdullilah..)..lately, susu saya semakin mengurang, setiap kali pam hanya dapat from 0.5 to 1.0 oz…sangat sedih saya dibuatnye…right now, dah 1 week tak dapat hantar anak ke pengasuh sebab bekalan susu untuk di hantar tak cukup..last monday, saya dapat tahu yang saya dah mengandung for about 6 weeks…is it because of saya pregnant, my breast milk dah menjadi kurang…saya ada membaca artikel puan yang disiarkan dalam majalah Pa&Ma, keluaran November 2009 if i’m not mistaken regarding menyusu semasa mengandung.supposed to be there will be no problem semasa mengandung untuk menyusukan anak kan…tetapi in my case, tak tau nak habaq lagu mana dah..:p

Saya harap Pn. Suraya boleh membantu saya regarding this matter sebab saya sangat sedih dan tertekan berhubung perkara ini…yang menambahkan risau saya ialah pada masa sekarang saya sedang menyambung pengajian di UM, dan memerlukan komitmen yang agak banyak dalam kerja-kerja pengajian saya..maaf menggangu sekali lagi dan thanks for your help and attention.

Suhana Koting
—–
Assalamualaikum Suhana,

Terima kasih sebab sudi email dan call Sue. Pertamanya, tahniah kerana berjaya menyusukan anak sehingga usianya 1 tahun 4 bulan sekarang dan tahniah juga untuk baby yang bakal lahir.
Rezeki 2011 untuk Suhana sekeluarga pastinya :)

Penyusuan susu ibu lebih daripada memberi susu kepada anak. Ianya merangkumi emosi yang tercipta semasa sesi penyusuan itu berlangsung dan sebenarnya terus menyusukan anak biarpun semasa mengandung bagaikan antara peluang terakhir untuk memeluknya sebelum bayi baru lahir.

Bagi bayi berusia 1 tahun 4 bulan, susu ibu bukanlah satu satunya makanan yang dapat memberikannya tenaga dan zat yang diperlukan badan. Suhana boleh merujuk buku buku nutrisi yang berkaitan dengan anak anak untuk sumber makanan lain.Ironinya apabila susu ibu berkurangan pada setiap kali sesi pengepaman, ianya bagaikan signal untuk ibu menghentikan proses mengepam di pejabat. Lebih masa rehat untuk si ibu!

Diet anak di rumah pengasuh boleh digantikan dengan makanan lain. Dalam masa yang sama, yakinkan pengasuh, susu bukanlah satu satunya yang anak anda perlukan untuk membesar.

Teruskan menyusu anak ketika anda berada dirumah. Ianya bukan sekadar susu, dia rindukan anda!
Berikannya makanan ringan lain seperti buah buahan, kismis ataupun kurma sebelum tidur.

Terdapat perubahan rasa dalam susu ibu ketika ibu mengandung, sediakan air masak untuk anak anda minum pada waktu malam.

Cooobaan lain ialah puting yang sakit pada setiap kali penyusuan. Bila setiap yang terjadi itu bersebab, percayalah bahawa rasa sakit itu akan menyebabkan puting ibu lebih ‘tough’ dengan penyusuan baby baru nanti. Alihkan rasa sakit dengan tidak terlalu memikirkannya atau beri anak anda makan makanan lain sebelum menyusu. Keadaan biasanya terjadi apabila bayi terlalu lapar.

1 tahun 4 bulan mahupun lebih, perlahan anak kita perlu belajar menerima bahawa susu ibu bukan ada selama lamanya. Akan sampai masanya untuk dia menerima makanan lain dan nyatanya tiada masa yang tepat untuk itu bagi semua ibu dan bayi. Ibu dapat merasainya cuma dalam kebanyakan masanya, bila tiada fakta yang kukuh, hati ibu libang libu bagaikan ada suara berbisik bahawa dia belum melakukan yang terbaik untuk anaknya.

Berita baik apabila penyusuan susu ibu tidak terhenti sepanjang ibu mengandung, kakak/abang boleh berkongsi susu ibu yang sama apabila bayi lahir nanti!
Tiada apa yang perlu direbutkan apabila kita sama sama berkongsi ‘perkara penting’ yang sama.
Dan dari segi emosi, anak yang lebih tua tidak rasa terabai apabila dia dilibatkan bersama sama pada setiap kali sesi penyusuan. What else could I ask for? Saya masih mendapat ibu dan dalam masa yang sama mempunyai adik baru (juga susu ibu yang banyak! hihihi)

Komen dariku :

Masalah yang dihadapi Suhana Koting sama sepertiku...skang ni aku mengandung 9 minggu...hasif 1 tahun 5 bulan...mmg sebelum preggy hasif minum susu ibu secara eksklusif...hasil susu yang ku pam dipejabat skrang hanya 3 0z sahaja....tp aku masih cekalkan hati...aku tetap je menyusukan hasif dalm pelukanku ketika dirumah...pada masa yg sama aku sentiasa pastikan hasif dapat zat-zat dr sumber makanan lain...hasif suka mkn nasi,ikan/ayam goreng dgn kuah sup, pastu suka mkn betik....aku selalu berckp ngan hasif....nanti bila baby baru lahir hasif bole kongsi sekali ngan adik...insyallah...terima kasih Puan Suraya diatas nasihat dan support...sy akan cuba buat yg terbaik untuk hasif...



3 comments:

  1. akum..sy jgk sdg hamil 7 mingu dan anak yg sdg sy susu kan skrg berumur 1thn 11 bln dan 26/5 ini genap umurnya dua tahun..p msih menyusu bdn..,agak rungsing...anak sy x mahu minum susu yg didlm botol...mak mertua sy pula suruh sy berhentikan menyusuan kepada anak sy sbb sy senang hamil...ingin bertanya..perlu kah sy berhentikan atau teruskan??

    ReplyDelete
  2. Wasslm...aryllia boleh teruskan penyusuan...tiada masalah....skang ni pon kandungan sy dah nak masuk 24 minggu...tp anak sy hasif masih menyusu...alhamdulillah...moga ALLAH permudahkan perjalanan kita untuk menyusukan anak..

    ReplyDelete
  3. AsSalamualaikum Sis.. nak tanya.. saya skrang baru mengandung 2 bulan & anak pertama saya berumur 14 bulan.. anak saya masih menyusu.. tidak dinafikan susu saya semakin berkurang.. kalau biasanya saya boleh dapat 3 Oz or 4 Oz setiap sesi tapi sekarang saya mampu dapat 2 Oz sahaja.. tapi saya tetap bersyukur sebab susu masih ada..

    Saya nak tau perlukah saya mengikut jadual mengepam seperti biasa? ada effect tak pada kandungan saya kalau saya masih mengepam seperti biasa..? terima kasih..

    ReplyDelete